Dalam kesibukan hidup harian, ramai antara kita selalu terlupa betapa pentingnya menjaga pemakanan. Kadang-kadang nak cepat, kita capai saja apa yang ada depan mata — goreng-goreng, manis-manis, atau apa sahaja yang boleh kenyang segera. Tapi sebenarnya, tubuh kita perlukan lebih daripada itu. Tubuh perlukan makanan sihat untuk terus kekal bertenaga, cergas dan seimbang.
Makanan sihat bukan bermaksud kena makan salad semata-mata atau elakkan semua yang sedap. sebenarnya ia lebih kepada pilihan yang bijak. Contohnya, lebihkan buah-buahan segar, sayur-sayuran berwarna-warni, makanan berprotein seperti ikan, ayam tanpa kulit, tauhu atau telur. Karbohidrat pun penting, cuma pilihlah yang lebih baik seperti nasi perang, oat atau roti gandum penuh.
Yang paling penting, makanan sihat membantu tubuh melawan penyakit, mengawal berat badan dan memberi tenaga sepanjang hari. Bila makan makanan yang betul, mood pun lebih stabil, tidur lebih lena, dan badan rasa ringan je walaupun sibuk bekerja.
Tak perlu ubah semua sekaligus. Mulakan perlahan-lahan — kurangkan gula, kurangkan makanan proses, dan tambah lebih banyak makanan semula jadi dalam pinggan. Lama-lama, badan pun mula “terima kasih” dengan cara rasa lebih sihat dan bertenaga setiap hari.
Makanlah untuk jaga tubuh, sebab tubuh inilah yang bawa kita ke mana saja.
Makan sihat, hidup sihat.




















0 Comments